TELUK INTAN: Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming terseliuh pergelangan kaki
selepas cuba menendang buku kecil ketika menyampaikan ceramah di atas
pentas di Taman Perindustrian Anson pada Isnin.
Nga mengeluarkan buku kecil tersebut yang mempromosikan calon Barisan
Nasional dalam pilihan raya parlimen Teluk Intan, Datuk Mah Siew Keong
dan melambungkannya ke udara sebelum melompat untuk menendang buku
dengan kaki kirinya.
Beliau kemudiannya terjatuh di atas kaki kanannya dan tindakan itu telah
mencederakan bahagian pergelangan kaki. Nga kemudian mendapatkan
rawatan di Hospital Teluk Intan.
Ketika dihubungi pada Khamis, Nga berkata beliau berada di Kuala Kangsar
untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak.
"Saya telah pulih," katanya.
Mah akan berdepan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam pertandingan
satu lawan satu dalam pilihan raya kecil itu pada Sabtu berikutan
kematian penyandang Seah Leong Peng awal bulan ini akibat kanser.
Home
»
»Unlabelled
» Adoi, Nga Buat Flyingkick Tak Jadi, Jatuh Terseliuh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.