Pelakon Abby Abadi disahkan bercerai talak satu dengan suaminya Muhammad
Nor Farhan Che Bakar di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu.
Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin memutuskan lafaz cerai yang dibuat
Farhan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 9 Mei selaku defendan
adalah sah mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan.
Bagaimanapun Farhan ketika ditemui memberitahu ada faktor lain yang menjadi punca berlakunya penceraian tersebut.
Lelaki berusia 24 tahun itu mendakwa dirinya telah dicederakan oleh
bekas anggota kumpulan Elite itu secara fizikal di bahagian muka, tangan
dan lengan.
Menurut Farhan, bekas isterinya itu sering meminta wang malah dia akan
dimarahi sekiranya tidak memberikan jumlah yang dikehendakinya.
“Saya telah dicakar… Malah dia juga kata saya tidak membawa apa-apa
kepentingan dan faedah kepada dirinya untuk meneruskan hubungan sebagai
suami isteri,” katanya kepada media sebaik sahaja selesai perbicaraan
kes penceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.
Bagaimanapun, Farhan menyatakan dia telah pun membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut.
“Saya dah buat laporan polis… Ia untuk dijadikan sebagai bukti sekiranya
hakim memerlukannya namun kes penceraian kami diselesaikan secara baik
dan dipersetujui kedua belah pihak.” jelasnya.
Mengulas dakwaan mengenai kontroversi yang mengatakan dirinya sering
keluar malam dan berkaroke, Farhan memberitahu khabar angin itu tidak
tepat.
Selain itu, Farhan juga dengan tegas mengatakan dia tidak mungkin akan kembali bersama Abby kerana sudah tawar hati.
Pasangan ini bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand dan mendapat pengesahan di Kelantan.
Abby sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan bersama pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.