Menu

IKLAN


Nampaknya, dunia politik Malaysia tidak sepi dengan cerita-cerita glamour yang sengaja diada-adakan bagi mewujudkan satu persekitaran yang menarik dalam usaha mencipta isu dan persepsi.

Terbaru, rombakan kabinet yang diuwar-uwarkan telah menjadikan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sebagai sasaran.

Keadilan Daily telah menyiarkan satu tajuk berita spekulatif kononnya Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Jumaat ini.

Kalau diingat-ingatkan, ini bukanlah 'Jumaat' pertama di mana pembubaran atau rombakan kabinet dikatakan akan dibuat. Namun, sehingga beberapa Jumaat telah berlaku, rombakan Kabinet dan pengguguran beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri tetap tidak juga berlaku.

Maklumat yang diperolehi daripada pihak Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyatakan, Timbalan Perdana Menteri itu sekadar mengambil cuti biasa, bukannya bercuti terus daripada menjadi Timbalan Perdana Menteri. - Cucu Tok Wan


PW : Tidak cukupkah berita-berita sensasi sehinggakan ada yang sampai ke kamar mahkamah?


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top