Menu

IKLAN

Adun Seri Delima, R.S.N Rayer telah ditahan pihak berkuasa hari ini dan dijangka akan didakwa esok berhubung kenyataan "celaka UMNO" yang dibuatnya di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan lalu.

Rayer menyerah diri kepada pihak polis di Ibupejabat polis Daerah Timur Laut di Jalan Patani lebih kurang jam 3.30 petang tadi. Beliau hadir bersama exco perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo dan seorang peguam, S.Raveentharan.

Rayer telah mencetuskan kontroversi pada 20 Mei yang lalu apabila dia mengungkapkan perkataan "celaka UMNO" di dalam dewan yang mulia semasa dewan bersidang. Kontroversi ini diikuti dengan protes sebuah kumpulan diketuai pemuda UMNO di luar bangunan dewan.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top