Rio De Janeiro - Seorang lelaki yang mengaku dirinya seorang polis di luar waktu bertugas, telah melepaskan beberapa das tembakan di udara semasa berlakunya protes Piala Dunia di bandar itu. Dia sebelum itu dilihat telah menghadapi provokasi dari wartawan yang berhimpun ke arahnya.
Sebuah media melaporkan semasa di tempat kejadian, seorang lelaki yang bukan berpakaian seragam keluar dari kenderaan dengan sepucuk pistol di tangannya. Dia melepaskan satu das tembakan ke udara dan kemudian mula bertempik ke arah orang awam di sekelilingnya. - yang kebanyakannya merupakan media dan wartawan.
lelaki terabit kemudiannya memberitahu mereka bahawa dia adalah seorang anggota polis, tetapi enggan menunjukkan lencana seraya mengacukan pistol ke arah wartawan berhampiran.
"To hell with the badge. Who the fuck are you to ask me for a badge? Go away. Piss off. Get away or else someone will get hurt," (persetankan lencana, siapa kamu nak bertanya di mana lencana saya, pergi dari sini, berambus, pergi atau seseorang akan cedera nanti).
Selepas beberapa minit, lelaki tersebut masuk semula kedalam kereta, dan menembak tiga lagi das tembakan di udara sebelum kereta tersebut meninggalkan tempat kejadian. Para penunjuk perasaan mendakwa kelongsong peluru di tempat kejadian telah dijumpai oleh pihak bomba tempatan.
Insiden ini berlaku jam 7pm waktu bandaraya tersebut dan hanya dengan jarak beberapa blok dari stadium di mana pada ketika itu merupakan perlawanan antara Argentina dan Bosnia Herzegovina.
LIHAT VIDEO DIBAWAH :
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.