![]() |
Pegawai perubatan cuba memberi bantuan kepada mangsa. |
Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, Muhammad Kamal Sallehodin, 34, yang mengalami kecederaan di bahagian muka dan badan meninggal dunia di tempat kejadian dipercayai akibat sesak nafas.
Menurut seorang saksi di tempat kejadian yang hanya mahu dikenali sebagai Shahrin, dia dan beberapa pengunjung bazar Ramadan cuba memberikan bantuan awal kepada mangsa selepas melihatnya tergelincir.
"Mangsa cuba melintasi longkang selebar semeter itu tanpa melalui laluan pejalan kaki yang telah disediakan sebelum hilang keseimbangan badan dan tergelincir.
"Selepas melihat dia tiba-tiba rebah, kami angkat dia untuk diletakkan di tepi jalan sebelum beberapa pengunjung lain yang terdiri daripada doktor dan jururawat cuba memberikan bantuan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sementara itu, pasukan perubatan yang tiba kira-kira 20 minit kemudian mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Mayat mangsa telah dihantar ke rumah mayat Hospital Putrajaya untuk dibedah siasat.-Utusan
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.