HADIAH RAMADHAN
SWEDEN: Warga Malaysia yang dipenjarakan di Sweeden atas kesalahan
mendera empat anak mereka pada Disember lalu, bakal dibebaskan di
penjara hari ini, lapor akhbar Utusan Malaysia.
Manakala isterinya Shalwati Nor Shal pula hanya akan dibebaskan tiga
bulan lagi mengikut hukuman penjara selama enam bulan yang diputuskan
Mahkamah Daerah Solna, Stockholm, Sweeden pada hujung Mac lalu.
Pengerusi Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam) Datuk
Khairul Anwar Rahmat berkata meskipun Azizul dibebaskan hari ini namun
pegawai Tourism Malaysia itu perlu menandatangani beberapa dokumen
melibatkan Kedutaan Sweeden sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia.
"Semua persediaan dan urusan pembebasan Azizul Raheem sudah diuruskan dan akan dimeterai sebaik saja keluar dari penjara.
"Saya percaya segalanya berjalan lancar dengan adanya wakil daripada
ahli keluarganya sendiri," katanya dipetik daripada akhbar Utusan.
28 Mac lalu susulan daripada kes kontroversi itu, mahkamah Sweeden
mendapati pasangan itu bersalah mengasari serta mencabuli integriti anak
mereka seterusnya menjatuhkan hukuman penjara selama 10 bulan terhadap
Azizul.
Sementara itu, isteri Azizul yang merupakan seorang guru, dipenjara selama 14 bulan.
Kes itu juga mendapat perhatian antarabangsa apabila keempat anaknya
mengadu mempunyai masalah apabila diletakkan di bawah jagaan sementara
keluarga bukan Islam apabila pasangan itu ditahan.
Shalwati dan Azizul didakwa memukul serta mendera anak mereka di
kediaman pasangan itu di Spånga antara 15 September 2010 dan 17 Disember
2013.
Sweeden merupakan negara yang memandang serius perlindungan terhadap
kanak-kanak apabila pada 1970-an, negara itu menggubal undang-undang
melarang ibu bapa atau sesiapa pun memukul atau menggunakan sebarang
kekerasan fizikal ke atas kanak-kanak.
Selain itu, Khairul juga menyifatkan pengurangan hukuman penjara oleh mahkamah sebagai satu kejayaan terbesar buat negara.
Katanya, kini pihaknya berharap agar Shalwati terus bersemangat sementara menunggu giliran dibebaskan.
"Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus termasuk Wisma Putra
kerana menjayakan hasrat semua untuk membebaskan mereka secepat mungkin.
"Saya percaya empat anak mereka sudah tidak sabar mendakap bapa mereka sebaik tiba di Malaysia," katanya.
The Malaysian Insider difahamkan Azizul akan tiba di tanah air pada 14
Julai ini setelah semua urusan penyediaan dokumen selesai.
Empat anak pasangan itu kini diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka di Wakaf Tok Wali, Melor, Kelantan. - Antarapos
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.