Selepas tersebarnya video seorang murid sekolah yang bernama 'Syafikah' di laman sosial, guru yang dipercayai merakam video tersebut kemudiannya menyebabkan ianya tersebar secara meluas telah hebat dikecam di media sosial.
Seorang penama Facebook,Ina; memberitahu bahawa dia amat mengenali dengan kanak-kanak tersebut yang datang dari keluarga yang susah. Dia juga membidas tindakan guru tersebut yang sengaja menyuruh murid tersebut mengulangi apa yang telah disebutnya untuk tujuan dirakam.
Ina di dalam komentarnya memberitahu akan berjumpa dengan guru terbabit untuk mempersoalkan tindakannya yang telah memalukan anak muridnya. Dakwa beliau, adik Syafikah kini malu untuk keluar dari rumah kerana diejek oleh rakan-rakan sekelasnya.
Pada Ina, ianya nampak comel dan kelakar pada orang dewasa, akan tetapi faktor perkembangan mental anak itu juga perlu dititikberatkan.
Video itu memaparkan seorang murid bernama Syafikah telah diherdik oleh guru tersebut bertanyakan soalan "Ini buku ke Belacan?", murid berkenaan kemudiannya menjawab, "Buku Boleh Belacan Pun Boleh", disusuli gelak ketawa guru dan murid lain. - Paperwaris
Home
»
»Unlabelled
» Guru Dikecam Kerana Video Belacan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.