Kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 sebagai persiapan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam bagi Gred 1 hingga Gred 54.
Bantuan khas ini juga akan dinikmati oleh 684,000 pesara kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.
Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 15 Julai 2014
Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan ini membabitkan peruntukan kewangan sebanyak hampir RM900juta.
Kerajaan berharap dengan bantuan ini akan dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan dalam persiapan untuk menyambut hari lebaran.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.