Menu

IKLAN

Seorang lelaki menyaman kedua ibabapanya kerana dikatakan tidak menyayanginya dan gagal menjadi ibubapa yang baik.

Bernard Bey, seorang gelandangan dari Brooklyn, New York menyaman ibubapanya dengan meminta tuntutan sebanyak USD200,000.

Beliau yang kini berumur 32 tahun merupakan seorang penyanyi genre rap dari Brooklyn. Dia juga seorang gelandangan dan kini menyalahkan kedua ibubapanya atas nasib yang menimpa dirinya.

Dalam temubual bersamanya, dia mendakwa bahawa dia melarikan diri dari rumah sejak berumur 12 tahun kerana didera oleh kedua ibubapanya secara fizikal dan mental.

Dia melalui kehidupan yang perit, dengan keluar masuk dari pusat pemulihan, juga penjara. Dan oleh kerana dia percaya kedua ibu bapanya bertanggungjawab untuk apa yang telah dilaluinya, dia memfailkan saman terhadap mereka di mahkamah Brooklyn.

Di dalam writ saman bertulisnya, dia mendakwa kedua ibubapanya dengan sengaja membuatkan dia merasa 'tidak disayangi dan ditolak oleh masyarakat'. Bey membuat tuntutan sehingga USD200,000 terhadap mereka dan jika menang tuntutan tersebut, dia telah berhasrat menggunakan wang itu untuk membuka francais seperti Domino.




0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top