KLASIFIKASI - JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
IKLAN MENYERTAI PEGAWAI BOMBA BANTUAN
Warganegara Malaysia yang
berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup
dipelawa untuk memohon jawatan seperti berikut:-
1. Jawatan : Pegawai Bomba Bantuan
2. Nama Balai : Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat seperti di
dimaklumkan dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia www.bomba.gov.my
3. Elaun : Elaun Kehadiran
4. Syarat Lantikan
Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(a) Warganegara Malaysia;
(b) Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela
yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
(c) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
(d) Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
(e) Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:-
(i) Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
(ii) Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
(iii) Mempunyai penglihatan yang baik;
(iv) Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
(v) Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
(f) Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa.
(g) Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam lingkungan 5 km daripada Balai
atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.
5. Notis Kebenaran daripada Majikan
Bagi calon yang bekerja, dapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi
Notis Kebenaran daripada Majikan untuk Menyertai Pegawai Bomba Bantuan -
Borang PBB 4 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan Penyelamat yang terdekat
atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysiawww.bomba.gov.my
6. Cara Memohon
Permohonan hendaklah menggunakan Borang PBB 3 yang boleh didapati dari Ketua Balai Bomba dan
Penyelamat yang terdekat atau dalam laman web Jabatan Bomba dan Penyelamat
Malaysia www.bomba.gov.my
Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran
passport, Notis Kebenaran daripada Majikan, Salinan Kad Pengenalan, Salinan Sijil-Sijil
Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan yang telah
disahkan.
7. Alamat Permohonan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan kepada:
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
NEGERI MASING-MASING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.