Perkara pertama yang menarik perhatian penulis apabila berada di Pulau Redang adalah sebiji buah yang digelar Labu Kayu.
Menurut Jaafar bin Salleh, 58, yang lebih mesra dengan panggilan Ayoh di kalangan penduduk setempat, buah labu kayu mengandungi khasiat untuk merawat penyakit.
"Buah ini lebih terkenal di kalangan orang cina yang menjadikan air rebusan buah tersebut untuk diminum", jelasnya. Beliau juga berkata, buah tersebut kurang dikenali oleh orang-orang Melayu.
Buah labu kayu dikatakan dapat menyembuhkan penyakit-penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi dan kencing manis.
Buah labu kayu juga dikatakan dapat meredakan migrain dan sakit kepala.
Buah ini dipecahkan dahulu sebelum isinya dikeluarkan dan direbus untuk diminum.
Walaubagaimanapun, menurut Ayoh, airnya setelah direbus berbau sangat busuk sehinggakan tidak ramai pesakit yang mahu mencuba kaedah rawatan menggunakan air rebusan labu kayu.
Labu kayu banyak terdapat di kawasan perkampungan dan ditanam sebagai pohon hiasan.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.