Menu

IKLAN



TAIPING : Lebih 2,500 kekosongan jawatan ditawarkan kepada pencari kerja pada Karnival Kerjaya anjuran Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA) dengan kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting yang diadakan di sini, pada Sabtu, 15 November.

ADUN Kamunting Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, Karnival Kerjaya perlu diadakan di setiap DUN kerana ia adalah program yang dapat membantu belia serta pencari kerja dapat mencari kerja yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.

“Ia adalah program yang sangat baik dan memudahkan golongan pencari kerja untuk memohon pekerjaan, sesuai kelayakan mereka,” katanya.

Terdapat 20 buah syarikat swasta dan beberapa agensi Kerajaan Negeri menyertai Karnival yang diadakan di Dewan Serbaguna Kompleks Rakan Muda, membuka kaunter masing-masing seawall jam 9 pagi.

Antara Syarikat yang menyertai Karnival ini adalah Latexx Partner Berhad, Carsem (M) Sdn Bhd, SKALI Community Sdn. Bhd dan lain-lain lagi.

Selain temuduga terbuka, pelbagai aktiviti menarik turut dijalankan bagi menarik golongan belia iaitu Ceramah Kerjaya daripada pihak Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M).

Sementara itu, bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menghadirkan diri di Karnival ini, masih boleh mencuba untuk mendapatkan kerja dan mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dengan melayari laman sosial facebook “Official JobsPerak” atau melayari portal www.jobsperak.com.


Mereka boleh menghantar resume di pejabat PEKA, No. 18, Tingkat 1, Terminal Bas Amanjaya, Bandar Meru Raya Ipoh. Perak.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top