Menu

IKLAN


IPOH: Seorang bekas pegawai imigresen dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi Ipoh selepas mengaku salah menyebabkan kematian nenek kandung dua tahun lalu.
Mohammad Khairul Anuar Najhib mengaku salah menyebabkan kematian nenek kandungnya, Norsiah Marshidi 76, di rumah mangsa di Lorong 2, Kampung Baru Gunung Rapat pada 25 Oktober 2013.
Hakim Noorin Badaruddin memutuskan hukuman berkenaan selepas mengambil kira keterangan yang diberikan oleh keluarga yang telah memaafkan perbuatan mangsa serta mengambil kira kepentingan awam.
Menurut hakim, hukuman 10 tahun tersebut merupakan tempoh masa bagi tetuduh menginsafi perbuatan tersebut dan kembali waras bagi menghadapi persekitaran selepas hukuman kelak.
Tertuduh yang dikatakan bertindak di luar kawalan dan separa sedar telah menelan hampir 100 biji ubat jenis ‘nospan’ bagi merawat tekanan jiwa akibat proses penceriaan dengan bekas isterinya.
Tertuduh juga dalam keterangannya pada waktu kejadian telah datang ke rumah mangsa dengan menaiki motosikal dan bertindak mengamuk tanpa mengetahui sebabnya.
Anuar telah bertindak menyerang mangsa dengan menggunakan kuali yang diambilnya daripada dapur mangsa serta bertindak memijak bahagian abdomen mangsa.
Turut cedera dalam kejadian tersebut ibu saudara mangsa yang turut ditendang dan anak saudaranya pula telah ditumbuk di bahagian mata.
Bedah siasat mendapati ke atas mangsa mendapati mangsa mati akibat kecederaan di kepala akibat trauma tumpul dengan septisemia serta pendarahan dalam kepala.
Tertuduh dihukum bagi pertuduhan pilihan di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan atas kesalahan mematikan orang dengan salah yang tidak terjumlah membawa kepada kesalahan membunuh.


- Perak Today -


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top