Menu

IKLAN



Seramai 42 orang alumni Perkampungan Menara Gading (PMG) Perak mewakili Kesatuan Pelajar Islam Perak (KPIP) telah menyertai PMG peringkat kebangsaan (PMGK) 2015 pada 19 hingga 22 Mac yang lalu.

Program yang berlangsung di Universiti Selangor (UNISEL) Bestari Jaya ini, berjaya  mengumpulkan penyertaan antaranya daripada Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) seperti KPIJ(Johor), PPINS (Negeri Sembilan), PEPIAS (Selangor), PPIWP(Wilayah Persekutuan), PEMBIMBING (Pulau Pinang), PERSIDA(Kedah), PERPIP(Perlis), PPIK(Kelantan), KEPITAR(Terengganu), IKATAN (Pahang), PERKEPIS(Sarawak) dan SISMA (Sabah).

PMGK kali ini juga merupakan kesinambungan daripada Perkampungan Menara Gading Negeri yang dianjurkan di seluruh negara mulai Januari sehingga Mac lalu.

Menurut peserta PMGK dan juga bekas alumni PMG, Nor Firzanah binti Mohd Tafkir PMGK diadakan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) mengenai kehidupan di institusi pengajian tinggi dan apabila bergerlar mahasiswa.

“Seramai 342 orang peserta berjaya dikumpulkan dan dibimbing oleh 28 orang fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa universiti awam antaranya Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaya (UM),Universiti Kebangsaan malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UITM).

“Tema PMGK pada tahun ini ialah “Mahasiswa Bitara : Melestari Citra Kepimpinan Islam”, katanya.

Katanya lagi, tema tersebut dipiluh bertujuan bagi memenuhi maksud utama penganjuran program iaitu untuk melahirkan pemimpin yang mempunyai semangat ummatik dengan penerapan empat lingkungan kebitaraan (idealisme, intelektulisme, aktivisme, dan spiritualisme).

Selain itu, PMGK juga katanya bertujuan untuk menerangkan kepada peserta tentang cabaran yang perlu dihadapi di alam institusi pengajian tinggi dan kepentingan memperkukuh jati diri masing-masing bagi mengelak terpengaruh dengan nilai-nilai negatif.

“Antara modul memberi inspirasi ialah ‘Kembara IPT’ iaitu peserta PMGK dibawa ke beberapa universiti terpilih di sekitar Lembah Klang seperti Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Malaya (UM), Universiti Kuala Lumpur(UniKL), Kolej Dar Al-Hikmah(KDH), dan HELP University.

“Kembara ini memberi peluang kepada para peserta melihat secara langsung suasana kehidupan di institusi pengajian tinggi sebagai persediaan pada masa akan datang,” katanya lagi.

Terdapat juga slot ‘Persidangan Parlimen Mahasiswa’ yang melibatkan barisan fasilitator dan juga para peserta. Aktiviti ini sangat menarik kerana para peserta diberi pendedahan tentang cara-cara dewan parlimen berfungsi dan kepentingan mahasiswa terlibat dengan politik yang sihat berdasarkan ilmu dan budi.

Sementara itu, menurut adik Siti Khadijah bt Abdul Halim , program kali ini sangat membantu dirinya dan perlu diteruskan lagi bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar lepasan SPM,STPM dan STAM untuk menempuh alam universiti.

“Saya dapat merasai sendiri pengalaman yang membuatkan saya yakin untuk melanjutkan pelajaran di mana-mana institusi pengajian tinggi.

“Di sini juga kami dilatih agar menjadi mahasiswa bitara dan bukan semata-mata mahasiswa yang hidupnya berkisar di sekitar 3K sahaja iaitu katil,kafe dan kuliah,” katanya.

Harapannya agar program ini dapat diteruskan lagi agar berupaya membuka minda bakal mahasiswa supaya lebih cakna dalam hal-hal yang berkaitan pelajaran dan masa depan mereka.

Bagi Muhammad Aminnul Hakim  Alias pula,program PMGK ini juga telah membuka matanya tentang banyak perkara bukan sahaja berkaitan dengan kehidupan di universiti tetapi juga berkaitan dengan kehidupan beragama serta tanggungjawab sebagai manusia iaitu khalifah di muka bumi ini.

“Selepas menghadiri program ini, saya lebih sedar tentang hakikat kehidupan dan lebih bersedia utk memikul tanggungjwb tersebut.

“Diharapkn program ini dapat diteruskn kerana inilah apa yang saya rasa diperlukan untuk mengubah mentaliti dan pemikiran bakal - bakal mahasiswa seperti kami supaya lebih bersifat tentang masyarakat sejajar dgn tujuan utama program ini,” ujarnya lagi.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top