Menu

IKLAN


IPOH: Kerajaan Negeri Perak sentiasa menekankan terhadap konsep Wasatiyyah dalam memastikan setiap rakyat di negeri itu hidup dalam keadaan aman dan makmur.
Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, konsep berkenaan adalah sangat penting dalam kehidupan masyarakat Islam di negara ini khususnya rakyat negeri Perak.
Katanya, ia menjadi faktor yang sangat penting dalam memastikan kehidupan dalam negara ini dapat berada dalam keadaan yang baik.
“Konsep wasatiah ini adalah konsep keseimbangan yang berteraskan kepada ajaran-ajaran agama khususnya agama Islam.
“Kerajaan Negeri Perak sentiasa menekankan aspek ini seperti yang saya sebutkan dalam ucapan saya tadi iaitu tentang prinsip-prinsip seperti kasih sayang, perpaduan serta mengelakkan daripada tindakan keras dan menghukum,” katanya.
PERAK TODAY 3
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam Seminar Pendekatan Wasatiyyah: Sebagai Dasar Negara.
Turut hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Nizar Zakaria.
Beliau berkata, kekeliruan yang disebabkan oleh perkara yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjadikan perpaduan dalam kalangan rakyat tidak dapat dibentuk sehingga menyebabkan perpecahan.
“Hal ini kerana salah faham terhadap Islam umpamanya biasanya akan membawa kepada perkara yang mengelirukan dan berlakunya pertembungan idea sehingga membawa kepada perpecahan kepada masyarakat kita,” katanya lagi.
PERAK TODAY 4
Oleh sebab yang demikian, tambahnya, kerajaan telah mengamalkan prinsip wasatiyyah yang mempunyai nilai kesederhanaan dan keseimbangan bagi membina perpaduan di kalangan masyarakat.
“Sebenarnya ia telah pun terungkap dalam Al-Quran itu sendiri iaitu mengunjurkan kepada setiap umat Islam supaya sentiasa menjaga dan juga membawa kehidupan mereka berdasarkan konsep wasatiyyah.
“Jadi keadaan suasana yang aman dan kestabilan ini juga adalah berdasarkan pemahaman wasatiyyah yang kita pegang itu sendiri,” jelas beliau lagi.
Beliau berharap agar masyarakat Islam bersatu dan tidak berpecah belah berpunca daripada beberapa perkara yang dianggap kecil sehingga menyebabkan umat Islam terperangkap kerana ia merugikan semua pihak.
Seminar Pendekatan Wasatiyyah: Sebagai Dasar Negara yang diadakan di Dewan Bankuet, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perak itu telah dianjurkan oleh Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) Jabatan Perdana Menteri.
Program yang dianjurkan di peringkat negeri Perak itu telah dihadiri oleh lebih daripada 1,500 orang, manakala ceramah pula telah disampaikan oleh pembentang-pembentang yang ternama di negara ini.

- Perak Today -


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top