Menu

IKLAN


SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam setiap negeri diperlu menghantar nama penceramah dari negara luar kepada pihak polis untuk diteliti sebelum diberi kebenaran menyampaikan ceramah agama di negara ini.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Counter Terrorism (Cawangan Khas) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata langkah itu bertujuan menyekat penyebaran fahaman ekstremisme daripada kalangan individu yang mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas Negara Islam (IS).
"Sebarang jemputan penceramah dari negara luar perlu melalui tapisan keselamatan polis terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan taklimat 'Ancaman Islamic State anjuran Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di sini, hari ini.
Beliau berkata tindakan itu adalah sebagai langkah pencegahan awal bagi mengekang ideologi militan dan ekstremisme.
"Ini penting untuk menyekat kemasukan individu yang membawa fahaman ekstremisme dalam ceramah agamanya," katanya.
Berdasarkan kes terdahulu, katanya, ideologi berunsur militan dan ekstremisme dibawa oleh orang asing ke negara ini antaranya Jemaah Islamiah dan Jemaah Anshorut Tauhid (JAT).
"Sebelum ini terdapat beberapa individu yang tidak dibenarkan menyampaikan ceramah agama di negara-negara Arab dan juga beberapa negara Barat seperti Amerika Syarikat dan sebagainya, namun mereka boleh pula masuk ke negara ini atas sebab untuk menyampaikan ceramah agama," katanya.

- Bernama -


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top