Kuala Lumpur : 5 April lepas seramai 20 orang perserta daripada Perak Barisan Narional Youth Volunteer (BNYV) telah berlepas dari Ipoh ke Kuala Lumpur dalam lawatan 2 hari 1 malam untuk menyertai Intellectual Discourse bersama Director Animation Theme Park Sdn. Bhd, Encik Ramelle Tan Sri Ramli pemilik MAPS Theme Park, Meru Raya, Ipoh
Manakala pada keesokkan harinya BNYV turut membuat kunjungan hormat bersama Timbalan Speaker Dewan Rakyat YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee di Parlimen Malaysia. Rombongan turut diberi kesempatan untuk menjadi pemerhati semasa perbahasan Ahli Parlimen di dalam Dewan Rakyat.
Selain program seumpama ini, BNYV juga turut mengadakan program-program kebajikan seperti telibat dalam bantuan banjir yang melanda negeri Perak yang lepas, Program prihatin kepada gelandangan sekitar bandaraya Ipoh dan juga program-program lain yang bersangkutan dengan kehidupan anak muda khasnya.





0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.