Menu

IKLAN


IPOH: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menghadiri dan merasmikan Program Mari Membaca Bersama 2015 peringkat negeri hari ini.
Program berkenaan bertujuan bagi membentuk masyarakat ke arah minat membaca walaupun dalam tempoh pembacaan yang singkat selama 10 minit.
Majlis turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi, dan Speaker Dewan Undangan negeri, Datuk SK Devamany.
PERAKTODAY
Menurut Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Salbiah Mohamed program tersebut merupakan kali kedua penganjurannya yang turut dijalankan secara serentak di perkhidmatan perpustakaan Awam negeri seluruh Malaysia bermula pagi ini.
“Pada masa ini pelbagai kempen galakan membaca sedang dan telah dijalankan di negara ini, namun keberkesanan kempen masih tidak menyeluruh kerana tidak mendapat sambutan masyarakat,” katanya dalam ucap utama program berkenaan sebentar tadi.
Tambahnya lagi, Perak telah menjadikan program Jom Membaca Bersama untuk 10 minit sebagai acara tahunan sejak dari tahun 2008 bersempena sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia 23 April ini.
Program Mari Membaca Bersama 2015 peringkat negeri merupakan anjuran bersama Perpustakaan Awam Negeri, Jabatan Pendidikan Pelajaran Negeri, K-Perak, dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Tuanku Zara Salim turut berkenan memperdengarkan bacaan buku cerita kepada para pelajar selama 10 minit dan sekaligus melancarkan E-Library Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri.
PERAKTODAY1
Justin Chan Wei Hoa dan Joan Chan merupakan antara pembaca yang terpilih menerima anugerah pembaca aktif bagi kali ini.

 - PERAK TODAY


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top