Menu

IKLAN

SEBANYAK 1,000 pempamer dari 21 buah negara menyertai Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-26 (ITEX) 2015 yang diadakan bermula semalam sehingga esok.

Presiden Persatuan Reka bentuk dan Reka cipta Malaysia (MINDS), Tan Sri Dr Augustine Ong berkata, pameran kali ke-26 itu bertujuan mengetengahkan bakat dan mempamerkan produk oleh pereka berpotensi dari Asia.

“Pameran ini dilihat mampu mewujudkan peluang perniagaan serta kerjasama dalam bidang berkaitan di samping meningkatkan pengetahuan dalam reka cipta dan inovasi yang semakin berkembang selaras dengan peningkatan teknologi masa kini,” katanya ketika merasmikan pameran itu di Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, pameran dengan kerjasama CIS Network Sdn Bhd (CIS Network) itu mempamerkan 23 kategori, antaranya aeroangkasa, bioteknologi, alam sekitar dan proses pembuatan.

Katanya, beberapa pertandingan membabitkan pereka muda turut diadakan seperti Anugerah Pameran Pereka Cipta Muda Malaysia dan Anugerah Pameran Pereka Cipta Muda Asia.

“Penjurian dilakukan hari ini (semalam) dan akan diadili berdasarkan lima perkara iaitu kegunaan, persembahan, nilai komersial dan mesra alam sekitar.

“Lebih 100 juri dijemput dari beberapa buah negara. Kita menjadikan pertandingan ini bagi promosikan beberapa produk yang dapat mewujudkan persaingan serta peluang perniagaan di antara syarikat pelaburan dan pereka,” katanya.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top