Menu

IKLAN

Kuala Lumpur: Jabatan Perumahan Negara (JPN) yakin sasaran kerajaan untuk membina sejuta rumah mampu milik dapat dicapai seperti yang dirancang menjelang 2018.

Timbalan Ketua Pengarahnya Datuk Mohd Yusof Ghazali berkata, setakat ini sebanyak 606,000 rumah akan dibina dijangka dapat dimanfaatkan kepada golongan sasaran.

Katanya, bagaimanapun JPN akan sentiasa membuat pemantauan bagi semua pembinaan perumahan berjalan mengikut pelaksanaan yang ditetapkan.

“Kami akan pantau menerusi jawatankuasa di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan pembentangan juga akan dijalankan dalam mesyuarat Majlis Perumahan Negara (MPN).

“KPKT akan mengumpul semua maklumat daripada pemaju dan agensi yang terbabit dalam pembinaan rumah mampu milik ini bagi memastikan agenda pemilikan perumahan oleh rakyat berjalan lancar dan mencapai objektif,” katanya di sini, semalam.

-Harian Metro


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top