Kuala Lumpur: “Bagi saya, ini perlawanan akhir yang menarik dan saya meramalkan ia akan berlarutan hingga ke masa tambahan,” kata penyanyi kelahiran Singapura, Datuk Ramli Sarip ketika ditanya mengenai perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dengan LionsXII.
Menurutnya, jika melihat kepada pengalaman, pentas akhir itu berpihak kepada Kelantan dan jika melihat kepada stamina, ia adalah milik LionsXII.
“Apapun bagi saya kedua-dua pasukan perlu mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi supaya masyarakat menghargai seni bola sepak. Saya harapkan kedua-dua pasukan memberikan persembahan terbaik mereka agar penonton berasa puas.
“Saya adalah peminat bola sepak tapi saya tiada pasukan pilihan yang khusus kerana saya sukakan seninya dan bukan melihat dari sudut emosi.
“Diharapkan semua pihak juga tidak emosi kerana kesannya tidak baik. Jangan menyinggung perasaan pelbagai golongan masyarakat yang menonton termasuk kanak-kanak. Sebenarnya budaya kita juga tak mengajar untuk menjadi ganas. Mudah-mudahan perlawanan malam esok berjalan lancar,” katanya.
-Harian Metro

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.