Menu

IKLAN


KUALA LUMPUR: Pelakon Raja Farah Raja Aziz, 27,  bercerai talak satu dengan Megat Bashirun Qhuyum Zakaria, 30, selepas lima tahun mendirikan rumah tangga.

Pasangan itu bercerai dalam prosiding tertutup di mahkamah rendah syariah Wilayah Persekutuan di sini pada pagi Isnin.

Lafaz cerai dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Umamuddin Yunus mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.


Saat bahagia Raja Farah dan Megat Bashirun.

Raja Farah yang ditemui selepas prosiding berkata, dia dan Megat bercerai secara baik tetapi dengan bersyarat yang enggan didedahkan.

"Kami  bercerai kerana sudah tiada persefahaman. Bagaimanapun saya tidak boleh memberitahu syarat-syarat yang dipersetujui bersama itu," katanya.

Pada prosiding itu, Raja Farah ditemani bapa dan peguamnya Muhammad Nur Hafiz Roslan.

Terdahulu Raja Farah telah memfailkan permohonan cerai pada 5 Mei lalu.

Hasil perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

-mstar

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top