ROHINGYA. Ketika jari-jari ini bergerak menulis perihal mereka, saya sedar jari-jari mereka sedang terketar-ketar akibat kehausan dan kelaparan.
Sekian lama di tengah lautan mengharungi ombak dan badai. Duduk berasak-asak di atas kapal. Terpaksa berpanas dan berhujan dengan pakaian sehelai sepinggang. Menangis, menderita dan terseksa.
Sekian lama di tengah lautan mengharungi ombak dan badai. Duduk berasak-asak di atas kapal. Terpaksa berpanas dan berhujan dengan pakaian sehelai sepinggang. Menangis, menderita dan terseksa.
Entah berapa ramai yang terkorban akibat dibunuh 'pengganas suci' yang ada di Myanmar. Mereka yang lari ini masih bersabung nyawa di tengah lautan tanpa diketahui adakah masih ada sekelumit harapan bagi mereka meneruskan kehidupan. Ada yang hanyut ke persisiran pantai dan diselamatkan oleh mereka yang punyai nilai kemanusiaan.
Bagi orang dewasa, mungkin mereka sedikit mampu mengharungi keadaan itu. Namun, bagaimana dengan anak-anak kecil?
Bahasa mereka hanyalah tangisan demi tangisan. Jika kita di tempat ibu bapanya, sejauh mana kita sanggup mendengar tangisan dan mengusap air mata anak yang menangis meminta makanan dan menanggung kesakitan?
Sedangkan tidak ada apa-apa makanan yang dapat disuap. Tidak ada ubat untuk merawat. Apa yang ada hanyalah air mata, doa dan harapan.
Isu yang rumit
Isu ini agak rumit. Banyak ulasan dibuat daripada pelbagai sudut. Kemanusiaan, politik, keganasan, agama, keselamatan dan pelbagai lagi sudut pandang yang dibahaskan. Tulisan ini juga mungkin menambahkan lagi pelbagai ulasan yang sedia ada.
Namun, saya teruskan juga menulis. Mungkin tidak besar kesannya bagi membela dan menolong mereka.
Apa yang saya harapkan, sekurang-kurangnya anda yang membaca tulisan ini akan memanjatkan doa kepada ALLAH Yang Maha Berkuasa buat saudara kita.
Doa adalah senjata pengubat jiwa dan penguat harapan.
Mudah-mudahan usaha kerdil ini menjadi hujah saya di hadapan ALLAH kelak apabila ditanya apa yang telah dilakukan semasa saudara Rohingya kamu sedang ditindas, dizalimi dan memohon pertolongan? Soalan yang sama juga akan ditanya kepada anda. Sama ada anda pemimpin atasan mahu pun rakyat bawahan. Fikir-fikirkanlah apa jawapan yang akan disediakan.

Kita boleh mengulas apa sahaja. Namun, realiti yang berlaku sekarang, di tengah lautan sana sedang ada ratusan jiwa terkapai-kapai tidak tahu arah tuju, sedang kelaparan, kesakitan dan menderita.
Hukum akalnya, jika keadaan itu dibiarkan berlarutan, ramai yang bakal menemui ajal.
Hukum akalnya, jika keadaan itu dibiarkan berlarutan, ramai yang bakal menemui ajal.
Mungkin ada berpandangan, kerajaan dan rakyat Malaysia perlu utamakan dahulu kebajikan rakyat sendiri sebelum membantu orang luar. Jika ada, saya harap anda berfikir semula dan faham realiti yang berlaku.
Adakah kerana cara fikir sebegitu kita sanggup biar dan melihat mereka mati kelaparan di tengah lautan? Ya, mereka bukan saudara sedarah, sebangsa, sewarga negara, se '1 Malaysia', tetapi bukankah mereka juga manusia?! Manusia yang juga punya jiwa dan perasaan seperti anda.
Hormat sesama insan
Islam mengajar kita supaya menghormati dan memuliakan insan sama ada Muslim atau bukan Muslim. Kehormatan dan kemuliaan ini diberikan sendiri oleh ALLAH, Tuhan Maha Pencipta kepada seluruh manusia.
Kehormatan dan kemuliaan insan ini bukan sahaja diberikan semasa hidup tetapi juga kepada yang mati, Muslim dan bukan Muslim.
Kehormatan dan kemuliaan insan ini bukan sahaja diberikan semasa hidup tetapi juga kepada yang mati, Muslim dan bukan Muslim.
Dalam Hadis Riwayat Muslim, Rasulullah SAW berdiri menghormati jenazah seorang Yahudi yang diusung. Islam tidak menjamin kemuliaan seseorang berdasarkan bangsa, keturunan dan warna kulit. Mulianya manusia kerana nilai takwa padanya.
Diciptakan manusia ini berbeza bangsa dan keturunan bukan untuk dipisahkan dan mementingkan hal diri masing-masing sahaja. Tetapi untuk saling berkenalan dan bantu-membantu.
Diciptakan manusia ini berbeza bangsa dan keturunan bukan untuk dipisahkan dan mementingkan hal diri masing-masing sahaja. Tetapi untuk saling berkenalan dan bantu-membantu.
Fahami realiti
Mungkin ada pula yang bertanggapan, adakah kita mahu menambahkan lagi masalah dengan pendatang asing tanpa izin sedangkan yang sudah ada sekarang pun banyak memberikan masalah.
Isunya sekarang ialah pelarian dan bukan pendatang. Maka, undang-undang dan peruntukan terhadap pelarian akibat peperangan, krisis dan darurat berbeza dengan undang-undang pendatang.
Isunya sekarang ialah pelarian dan bukan pendatang. Maka, undang-undang dan peruntukan terhadap pelarian akibat peperangan, krisis dan darurat berbeza dengan undang-undang pendatang.
Mereka terkapar-kapar di tengah lautan sekarang mahu pun yang terdampar di persisiran pantai, bukan kerana bersuka ria dalam pelayaran dan tiba-tiba kehabisan minyak dan bekalan makanan.
Lalu ingin menyelinap masuk ke Malaysia mencari pekerjaan. Tetapi, mereka ialah mangsa keganasan yang terpaksa lari meninggalkan kampung halaman demi menyelamatkan diri, anak dan isteri. Apabila kerajaan Myanmar sendiri tidak mahu mengiktiraf dan membela, apa lagi pilihan mereka?

Adakah hanya melutut menadah leher masing-masing untuk disembelih? Jadi, peluang yang mereka rasakan ada ialah lari dan dapatkan sedikit ihsan dari insan-insan yang ada di negara berdekatan.
Maka, sepatutnya yang disalahkan bukan mereka kerana mereka adalah mangsa. Jari perlu ditunjukkan kepada penjenayah dan pengganas yang membunuh dan mengusir mereka ke luar.
Tindakan pantas yang perlu dilakukan sekarang ialah selamatkan mereka terlebih dahulu. Naikkan mereka dari lautan ke atas daratan. Sediakan tempat berteduh, hilangkan kelaparan, beri pakaian dan rawati mereka yang sakit.
Mungkin ada juga yang akan komen, bukankah ini semua akan menambahkan lagi kos perbelanjaan bagi Malaysia? Sedangkan Malaysia sekarang pun sedang menghadapi krisis kewangan yang kronik. Rata-rata kita sedar tentang isu 1MDB.
Saya kira, rakyat Malaysia tidak akan merungut bahkan akan berbangga sekiranya wang rakyat digunakan bagi tujuan kebajikan rakyat dan juga untuk menjalankan peranannya sebagai sebuah negara yang prihatin dan memperjuangkan isu-isu kemanusiaan.
Sebaliknya, rakyat akan marah dan gelisah sekiranya harta negara digunakan untuk menambahkan kemewahan pemimpin dan isteri pemimpin.
Sebaliknya, rakyat akan marah dan gelisah sekiranya harta negara digunakan untuk menambahkan kemewahan pemimpin dan isteri pemimpin.
Dari sudut lain, kita bertuah kerana rakyat Malaysia terdiri daripada ramai yang prihatin dan mempunyai nilai kemanusiaan tinggi. Hal ini tidak perlu dipersoalkan lagi. Banyak bantuan disumbangkan rakyat Malaysia kepada mereka yang terlibat dalam krisis, bencana dan sebagainya sama ada di luar atau dalam negara.
Jadi, kerajaan mungkin boleh membentuk satu jawatankuasa khas dengan gabungan NGO yang ada bagi menggerakkan pengumpulan dana dan strategi bantuan secara lebih efektif.
Alhamdulillah, sudah ada tindakan yang dilakukan kerajaan dan beberapa NGO bagi membantu pelarian Rohingya ini. Saya percaya kita mampu lakukan lebih lagi daripada sekarang.
Paling penting, untuk tindakan jangka masa panjang, Malaysia perlu menjadi pendesak supaya punca utama konflik ini dihentikan.
Isu dasarnya ialah pengganas di Myanmar sedang bermaharajalela mengusir, menyeksa dan membunuh etnik Rohingya sejak sekian lama. Tindakan kelompok ini seolah-olah mendapat restu daripada pemerintah Myanmar.
Peranan selaku Pengerusi Asean 2015 dan juga ahli yang dihormati dalam OIC diharap dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pemimpin negara. Menghantar mereka pulang semula ke Myanmar tanpa jaminan keganasan dan jenayah pembunuhan tersebut dihentikan ibarat menghantar mereka ke lubang kubur beramai-ramai.

Rohingya diuji, kita juga diuji. Semoga Malaysia diberi kekuatan untuk membantu menyelesaikan isu ini atas nama kemanusiaan dan jalan politik yang boleh dimanfaatkan.
ABD RAZAK MUTHALIB
(Penulis adalah bekas pensyarah Fakulti Sains Sosial, Kolej Islam Antarabangsa. Berkelulusan sarjana dan ijazah sarjana dalam bidang Ilmu Wahyu, UIA)
(Penulis adalah bekas pensyarah Fakulti Sains Sosial, Kolej Islam Antarabangsa. Berkelulusan sarjana dan ijazah sarjana dalam bidang Ilmu Wahyu, UIA)
-Sinar Harian
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.