PUTRAJAYA: Hampir 80 orang sukarelawan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Meru dan Persatuan Belia Dinamik Barat bersama skuad dari Mamee Fun Squad turun padang u
ntuk membersihkan kawasan Festival Belia Putrajaya, hari ini, di sini.
Golongan belia dari umur 15 hingga ke 30 tahun itu bersama-sama berganding bahu membersihkan kawasan Festival berkenaan untuk memastikan keselesaan pengunjung yang hadir ke festival tersebut.
Pasukan sukarelawan tersebut turut menyeru orang ramai supaya turut turun padang bersama-sama membantu membersihkan kawasan Festival Belia Putrajaya.
Mereka juga menasihatkan agar pengunjung yang hadir tidak membuang sampah merata-rata untuk memastikan keselesaan semua pihak.
Festival Belia Putrajaya berlangsung dari Jumaat lalu dan berakhir hari ini.







0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.