Menu

IKLAN


KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang untuk menghentikan sistem pembelajaran j-QAF (Jawi, al-Quran, Arab, Fardu Ain) di sekolah-sekolah aliran kebangsaan yang dilaksanakan sejak 2005.
Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan berkata, ini kerana program j-QAF berjaya memperkasakan Pendidikan Islam dan penghayatannya dalam kalangan murid-murid Islam di sekolah rendah.
"Pada masa ini, Kementerian Pendidikan sedang meneliti dan membuat semakan semula keperluan guru j-QAF setelah norma guru Pendidikan Islam dan guru j-QAF diluluskan penggabungannya oleh agensi pusat.
"Urusan pengambilan guru akan akan dibuat setelah semakan tersebut selesai," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
"Aspek wajib lulus itu kita akan lihat keadaan semasa dan akan adakan perbincangan dengan 'pemegang amanah' untuk buat keputusan dan juga melihat keberkesanannya untuk kita laksanakan j-QAF di peringkat sekolah menengah pada masa akan datang," katanya. - Bernama



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top