Menu

IKLAN


PUTRAJAYA: Kontinjen Negara ditetapkan supaya tidak meletakkan sebarang sasaran spesifik untuk pingat emas untuk temasya Sukan Sea di Singapura, sebaliknya perlu memperoleh 56 peratus pingat sebarang warna daripada 35 acara yang disertai.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jalamuddin Abu Bakar berkata, beliau mempunyai alasan tersendiri dengan menetapkan sasaran berdasarkan peratusan pungutan pingat.

“Sukan SEA adalah sukan untuk pembangunan atlet. Sebab itu hampir 50 peratus atlet kita adalh atlet pelapis yang berusia 21 tahun kebawah,

“Kalau kita letakkan sasaran pingat emas, ia sebenarnya tidak menggambarkan temasya sukan ini sebagai memberi pendedahan kepada atlet muda kita,”katanya dalam satu sidang media selepas menyempurnakan majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen Negara, semalam.

Katanya lagi, sasaran pingat mengikut peratusan berdasarkan acara yang dipertandingkan akan memberi gambaran yang lebih menyeluruh.

Khairy turut berkata, kejayaan atlet pelapis memenangi pingat gangsa atau perak juga merupakan satu kejayaan.

“Bagi atlet pelapis, kalau mereka mendapat pingat gangsa atau perak, ia juga sebenarnya satu kejayaan untuk mereka,”katanya.

Menurut laporan daripada laman Harian Metro, Kementeriannya tidak mahu terlalu obses yang hanya memandang kepada kejayaan pingat emas kerana acara sukan yang dipertandingkan juga tidak konsisten seperti sukan-sukan antarabangsa yang lain.

“Sukan SEA acaranya berubah-ubah. Contohnya seperti di Myanmar kita dapat banyak pingat emas daripada acara karate,”

“Tapi kali ini, karate digugurkan daripada Sukan SEA Singapura,”katanya.

Di majlis yang sama, Khairy turut mengumumkan perlantikan Pengarah Berprestasi Tinggi Kementerian Belia dan Sukan, Keith Power.


Power merupakan bekas Pengarah Berprestasi Tinggi Universiti California telah memulakan tungasnya sejak minggu lalu apabila mengikat kontrak dengan kementerian berkenaan selama dua tahun.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top