Menu

IKLAN

IPOH: Buat julung kalinya, Politeknik Ungku Omar dengan kerjasama KPerak INC Corporation bakal menganjurkan Persidangan Amalan ICT Antara Disiplin (IIPC 2015).
IIPC 2015 merupakan Persidangan Peringkat Kebangsaan yang memberi fokus utama kepada perkongsian informasi dan inovasi ‘aplikasi ICT membabitkan bidang tadbir urus awam, perdagangan, kewangan, kejuruteraan, pendidikan dan sains sosial.
Persidangan yang bakal berlangsung dekat Pusat Konvensyen Aman Jaya, dekat sini bakal dihadiri peserta yang terdiri daripada penjawat awam dan ahli akademik dari seluruh institut pengajian tinggi awam dan swasta termasuklah penyertaan daripada politeknik dan kolej komuniti dari seluruh Malaysia.
Menurut kenyataan media yang dihantar ke Peraktoday.com.my hari ini, penganjuran persidangan tersebut diharap mampu menjadi platform penting dalam menggembleng kepakaran, membincang, membahas serta menyalurkan maklumat di dalam perbagai disiplin ICT seterusnya mempromosikan aktiviti penyelidikan dan inovasi.
Kira-kira 40 kertas kerja akan dibentangkan sepanjang tempoh persidangan meliputi kertas kerja dan kajian ilmiah meliputi pelbagai cabang ilmu.
Majlis dijangka akan dirasmikan oleh Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya.
Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan persidangan ini, boleh melayari laman sesawang di www.iipcpuo.org.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top