Menu

IKLAN


KAPTEN pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim menyatakan kesungguhan untuk memberi yang terbaik dan akan berjuang bermati-matian untuk mencapai kemenangan pada perlawanan akhir Piala AFC malam ini.

“Saya percaya semua pemain akan memberikan seratus peratus komitmen dan aksi yang terbaik.

“Bagi saya, pengalaman ini tidak boleh dibeli atau dimiliki dengan mudah kerana kami sudah pun layak ke final Piala AFC,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau yakin kemenangan tersebut dapat direalisasikan hasil perancangan jurulatih serta doa dari semua pihak dan usaha berterusan dari semua pemain.

“Kami yakin dengan mengikut sebaik mungkin arahan serta perancangan jurulatih, ditambah dengan doa semua pihak di samping usaha berterusan, insya-ALLAH kita akan dapat keputusan yang diingini,” katanya pada satu kenyataan di laman Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

Selain itu, seramai 30 komrad Boys Of Straits (B.O.S) akhirnya selamat tiba ke Tajikistan tengah hari ini bagi menyatakan sokongan kepada skuad Harimau Selatan yang akan beraksi di Stadium Republican Central, Dushanbe, Tajikistan.

Jurucakap B.O.S, Farihin Johari berkata, kehadiran mereka ke stadium berkenaan adalah untuk menyemarakkan lagi semangat pemain JDT yang berjuang di laman lawan.

Kelmarin, Sinar Harian telah diberitahu kos yang diambil B.O.S untuk ke sana menelan belanja kira-kira RM80,000 dan kesemua dana itu mereka kumpul dalam tempoh kurang dari dua minggu.

-Sinar Harian

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top