Menu

IKLAN


Sejumlah penunjuk perasaan telah cuba untuk menghalang laluan utama ke stadium Sao Paulo yang akan merasmikan upacara pembukaan dan perlawanan pertama diantara Brazil menentang Croatia malam ini.

Pihak berkuasa bersenjatakan cota getah telah bertempur dengan sebuah kumpulan penunjuk perasaan berjumlah kira-kira 200 orang. Juga sesekali terdengar bunyi letupan dilepaskan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Sebuah media tempatan melaporkan, seorang dari penunjuk perasaan telah ditahan. Para penunjuk perasaan dikatakan marah dengan tindakan kerajaan yang menurut mereka telah membazir secara berlebihan untuk acara ini.


Beberapa premis perniagaan di bandar Rio de Janeiro telah memasang papan di tingkap dan pintu premis mereka lewat semalam kerana bimbang demonstrasi penunjuk perasaan meletus di kawasan bandar,

Mereka yang menentang acara ini berkata sejumlah £6.7billion pound yang dibazirkan ke atas World Cup sepatutnya digunakan untuk bidang perubatan dan infrastruktur.

Tunjuk perasaan ini dijangka akan semakin meningkat setelah bahang perlawanan diantara Brazil dan Croatia semakin dekat.

Diberitakan juga, beberapa siri tunjuk perasaan lain akan mengambil tempat di 12 bandar yang menjadi hos kepada acara tersebut.

PW : Rasa-rasa diteruskan tak? KLIK SINI



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top