Menu

IKLAN

Kuala Lumpur: Bekas pengarah syarikat Lim Long Yew, dipenjara berjumlah 1,942 tahun dan denda RM1.596 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi 481 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengambil deposit secara haram membabitkan kira-kira RM24 juta, empat tahun lalu.

Bagi kes sama, seorang lagi bekas pengarah, Leong Guan Yeu, 47, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 139 tahun dan denda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan 130 pertuduhan pengubahan wang haram.

Sementara syarikat berkenaan, Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd, didenda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram.

Pada 2010, Lim, 43, dituduh memindahkan keuntungan daripada aktiviti haram itu daripada akaun peribadinya kepada akaun syarikat serta menerima dan memasukkan wang diperoleh secara haram ke dalam akaun syarikat di beberapa lokasi antara 19 Jun 2008 dan 19 Oktober 2009.

Lim turut mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dalam satu kes saman bagi pihak syarikat – Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd – atas kapasitinya sebagai pengarah.

Leong pula dijatuhi hukuman penjara setahun dan denda RM20,000 atau dua bulan penjara jika gagal membayar denda itu bagi setiap daripada sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan serentak dari hari ini.

Bagi 130 pertuduhan melakukan pengubahan wang haram, Leong dijatuhi hukuman penjara setahun bagi setiap pertuduhan dan hukuman berjalan serentak dari hari ini.

Hakim Jagjit Singh memerintahkan Leong menjalani hukuman penjara setahun terlebih dahulu dan kemudiannya setahun lagi bagi kesalahan pengubahan wang haram.

Dengan itu, Leong hanya perlu menjalani hukuman penjara dua tahun sahaja.

Bagaimanapun, Hakim membenarkan permohonan kedua-dua tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan mereka di Mahkamah Tinggi.

Hakim menaikkan jumlah wang jaminan Lim daripada RM200,000 kepada RM1 juta.

Hakim Jagjit Singh juga memerintahkan Leong yang diwakili peguam Haresh Mahadevan membayar denda RM180,000 secara ansuran dua kali.

“RM90,000 perlu dibayar hari ini dan baki RM90,000 perlu dibayar sebelum 11 Ogos tahun ini,” katanya.

Terdahulu dalam rayuan Haresh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadap anak guamnya yang kini bekerja dari rumah sebagai pereka grafik dengan menerima gaji RM3,000 sebulan kerana dia terpaksa menanggung isterinya yang tidak bekerja dan menghidap ketumbuhan dalam perut.

Hariharan pula memohon supaya anak guamnya dijatuhi hukuman penjara sahaja dan tidak dikenakan denda kerana Lim yang kini bekerja tidak menentu itu tidak mempunyai wang untuk membayar denda.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohd Shukri Ahmad Mansor dan Akmalzatul Mohd Nawi memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana kesalahan itu serius.

PW : Bila dah Kantoi mula keluar cerita sedih.... KLIK SINI

0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top