PETALING JAYA: Dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari kem
Mohamed Azmin Ali bakal dikenakan Tindakan disiplin berikutan
kelantangan mereka mempertikai kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
sebagai Menteri Besar Selangor.
Dua pemimpin terbabit ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul
Iskandar Mohd Akin dan Setiausaha Majlis Pimpinan PKR Selangor,
Amiruddin Shaari kini sedang disiasat Lembaga Disiplin PKR kerana
menggesa Abdul Khalid melepaskan jawatan.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata,
pihaknya akan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada dua pemimpin
berkenaan kerana mengeluarkan kenyataan terbuka berkaitan isu Menteri
Besar Selangor.
Seorang lagi pemimpin yang turut berhadapan tindakan sama ialah bekas
Setiausaha Politik Khalid, Faekah Husin. Surat tunjuk sebab diberi
kepada Faekah berikutan tindakannya mempertahankan bekas bosnya daripada
terus diserang kedua-dua penyokong setia Azmin, Timbalan Presiden PKR.
Sebelum ini Shamsul menggesa Khalid melepaskan jawatannya sebagai
Menteri Besar kerana gagal mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala
Selangor.
Kenyataan Shamsul itu kemudiaanya turut disokong oleh Amiruddin yang
juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Caves yang menegaskan bahawa
jawatan Menteri Besar bukan hak mutlak Abdul Khalid.
PW : Rakya Selangor dapat sebulan bonus raya... pemimpin macam ni pun nak kena tendang?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.