Menu

IKLAN







Kuala Kangsar - Majlis Belia Negeri Perak hari ini mengorak langkah positif dengan mengadakan Majlis Perjumpaan Mesra Bersama Pengerusi Kelab Kolej Universiti Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar (KUISAS). Majlis yang berlangsung bermula jam 5 petang di Bilik Mesyuarat di Bangunan Pentadbiran Kolej Universiti ini berlangsung dalam suasana harmoni.

Majlis yang di pengerusikan Saudara Hafiz Kaunselor KUISAS ini dihadiri seramai 15 orang pengerusi kelab dan MBN di wakili oleh Presidennya sendiri iaitu Saudara Hasnul Fairuz. Turut hadir di perjumpaan mesra ini adalah Saudara Mohd NurZaffan Ahli Parlimen Belia Negeri Perak yang baru baru ini memenangi pemilihan Parlimen Belia Malaysia.

Dalam intipati perjumpaan ini Saudara Hasnul telah memberi nasihat dan tunjuk ajar bagaimana mentadbir sesebuah persatuan dan menguruskan karenah ahli-ahli persatuan. Beliau turut menjadikan Pentadbiran Sultan Muhammad Al Fatih sebagai contoh dan bagaimana Muhammad Al Fatih menguasai tentera dan juga berjaya menjadi pemimpin kesayangan rakyatnya. begitu juga kaedah yang perlu diterapkan oleh setiap pemimpin persatuan yang wajib tahu bagaimana mentadbir dan dalam masa yang sama di sayangi oleh ahli-ahlinya.

Majlis ini berlangsung selama 3 jam dan turut mendapat maklum balas yang baik dari pengerusi-pengerusi kelab apabila wujud soal jawab dan soalan-soalan yang boleh membantu mereka mentadbir persatuan-persatuan di Kolej Universiti ini.







0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top