Puteri Bagan Datok Lancar Laman Media Sosial Bagi Persediaan Menghadapi PRU14
Bagan Datok - Pergerakan Puteri Umno Bahagian Bagan Datok dalam program Hijabista yang telah berlangsung pada 8 November lepas, semasa Majlis Perasmiannya turut mengadakan Pelancaran Laman Media Sosial yang mana Laman Media Sosial ini akan diuruskan dan dikawal selia oleh Unit Media Sosial Puteri Bagan Datok.
Majlis ini telah secara rasminya dilancarkan oleh YB. Puan Salbiah Mohamed ADUN Temenggor yang merupakan Ketua Puteri Negeri Perak. Antara tetamu yang hadir adalah Ketua Wanita Umno Bahagian Bagan Datok, Timbalan Ketua Bahagian dan juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Datok bagi mewakili Dato Ketua Bahagian Bagan Datok.
Menurut Ketua Puteri Umno Bahagian Bagan Datok Puan Rohana Binti Tarmizi, program ini jelas mendapat sambutan hangat oleh ahli Puteri dan juga wanita muda sekitar Bagan Datok kerana jumlah kehadiran yang mencecah 700 orang walau pada jangkaan awal hanya mensasarkan kehadiran seramai 260 orang sahaja.
Turut meraikan majlis anjuran Puteri Bagan Datok ini adalah Puan Azryna Binti Jainuri Ketua Puteri Bahagian Teluk Intan, yang turun hadir bersama beberapa orang exco puteri bahagiannya. Majlis ini berjalan dengan jayanya dan mengikut jadual telah dirancangkan.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.