BATU GAJAH – Seorang pengawal keselamatan cedera akibat terkena serpihan
batu yang terpelanting
disebabkan terkena peluru yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh rakannya.
Kejadian pada jam 5 petang
di Jalan Pejabat Pos Batu Gajah itu berlaku ketika mangsa yang terlihat
rakannya sedang bertugas di Mesin Wang Automatik (ATM) di sebuah
bank di sini, lalu singgah berbual dengannya sebelum beredar dari kawasan berkenaan.
Sewaktu melintas jalan di belakang van keselatan itu, rakan mangsa dilaporkan telah terlepas satu das tembakan dan terkena pada batu mengakibatkann serpihannya terpelanting di belakang mangsa.
Ketua Polis Daerah Batu
Gajah, ACP Shaharon Anuar Abdul Latif dalam satu kenyataan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39
Akta Senjata 1960 iaitu melepaskan tembakan di tempat yang tidak dibenarkan.
Menurutnya, tangkapan telah pun dibuat
dengan merampas, selaras pump-gun Hawk 12
Bore dengan baki peluru sebanyak enam butir
Bagaimanapun katanya, suspek yang
mempunyai lesen ‘Carry and Use’
dilepaskan dengan jaminan polis dan kes masih disiasat.
Sementara itu, mangsa yang
mengalami kesan calar di atas kulit sepanjang 2cm akibat terkena serpihan batu telah
dirujuk ke Hospital Batu Gajah dan diberi rawatan pesakit luar.
Tiada kecederaan serius
dilaporkan.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.