OLEH : ROSLI MANSOR AHMAD RAZALI
IPOH : Semenjak penubuhan Kolej Vokasional di negara ini, ternyata telah melahirkan ramai pelajar yang berkompetensi tinggi dan menepati kehendak industri semasa.
Karnival Jom Masuk Kolej Vokasional anjuran Kolej Vokasional Lebuh Catur membuka peluang besar kepada pelajar-pelajar lepasan PT3 bagi menentukan hala tuju mereka dalam bidang yag diminati.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata hanya terdapat 45 ribu orang pelajar akan diterima bagi kemasukan 2015 ke 88 buah Kolej Vokasional di seluruh negara.
“ Karnival ini membuka peluang dan kefahaman kepada semua pelajar, guru dan ibu bapa mengenai kemasukan dan tawaran khusus-khusus yang ditawarkan. Disamping itu juga membantu pelajar membuat pilihan berpandukan minat dan kursus yang ingin diceburi terutamanya dalam bidang teknikal dan kemahiran.
“Apa yang dilaksanakan hari ini adalah satu perkara yang penting bagi menyokong program tranfomasi sistem pendidikan negara dibawah plan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025”,katanya.
Seramai 700 orang pelajar sekolah menengah PT3 dari 16 buah sekolah sekitar Ipoh hadir menyaksikan pameran-pameran dan tawaran kursus dari enam buah Kolej Vokasional di seluruh Perak.
Pengarah Kolej Vokasional Lebuh Cator, Mokhtar Zakaria berkata beliau menyokong penuh hasrat Kerajaan Negeri yang mahukan lebih ramai rakyatnya memiliki kemahiran dalam pelbagai bidang sebagai sokongan dalam pembangunan negara ini.
“Pelajar yang menamatkan krusus dengan jayanya di Kolej Vokasional Lebuh Cator contohnya, berpeluang menceburi bidang pekerjaan pada peringkat Pembantu Teknik atau Juruteknik khusus dalam bidang elektrik di sektor swasta dan awam. Mereka juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi”, katanya.
0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.