Menu

IKLAN




OLEH : ROSLI MANSOR AHMAD RAZALI

IPOH : Lagu ‘Royal Belum, belum tercemar’ muncul juara dalam pertandingan mencipta lagu tema Royal Belum sempena Royal Belum International Festival 2014 yang berlangsung baru-baru ini.

Penggubah lagu, Syarifah Baizura Datuk Syed Alwi,31, membawa pulang wang sejumlah RM10,000 beserta sijil penghargaan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesenian,Pelancongan dan Kebudayaan,Datuk Nolee Ashilin Radzi.

“Ini pertama kali saya menjadi juara dalam pertandingan mencipta lagu. Kejayaan ini adalah kejayaan kepada ayah saya yang memberi kepercayaan untuk mencipta lagu hasil dari pengalamannya sewaktu menerokai hutan Royal Belum suatu ketika dahulu.
“Saya mengambil masa dua minggu untuk menyiapkan lagu ini. Lagu ini mengambarkan keindahan hutan Royal Belum yang belum tercemar”, katanya yang berasal dari Kg. Gelok, Lenggong, Perak.

Sharifah Baizura  berkelulusan Diploma Muzik dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam berkata kejayaan pertamanya ini menjadi pembakar semangat untuknya mencipta lebih banyak karya-karya bagi mewarnai dunia seni tanah air.

“Saya menyampaikan sendiri lagu ciptaan saya sendiri kerana saya ingin melahirkan rasa kecintaan saya kepada Negeri Perak dan kagum dengan keindahan semulajadi yang dianugerahi oleh Tuhan”, katanya.

Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Kesenian,Pelancongan dan Kebudayaan,Datuk Nolee Ashilin Radzi meminta kepada semua lapisan masyarakat agar bersama menghargai dan memelihara keindahan Royal Belum sebagai khazanah Negeri Perak yang sangat bernilai.

"Malam ini kita telah dipersembahkan dengan keindahan gubahan lagu ‘Royal Belum, belum tercemar’ ciptaan anak jati Negeri Perak. Diharapkan hasil karya beliau akan dapat memberi inspirasi kepada semua lapisan masyarakat dalam menjiwai keunikan dan keindahan Royal Belum", katanya.








0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top