KUALA TERENGGANU - Perbuatan biadab seorang anak yang tergamak mengugut ibunya menerima pembalasan apabila dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, semalam.
Mohd Zabri Ramli, 40, dari Kampung Belukar Sukai, Kepong, di sini, dikenakan hukuman tersebut selepas mengaku salah menakutkan ibunya, Zainun Abu Bakar, 58.
Dia yang bekerja sebagai buruh mengaku salah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan itu di kediaman mereka di Kampung Belukar Sukai, Kepong, di sini, pada 9 Mac lalu, lebih kurang jam 3 petang.
Bagi kesalahan itu, Mohd Zabri boleh dihukum penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan L Rathna di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.
Berdasarkan fakta kes, pada 9 Mac lalu, lebih kurang jam 4 petang, ketika sedang memandu di Kampung Padang Midin, di sini, pengadu iaitu adik kepada Mohd Zabri telah menerima panggilan telefon daripada ibu mereka memaklumkan yang abangnya mengamuk di rumah.
Mangsa memberitahu Mohd Zabri telah memecahkan cermin tingkap rumah dan meminta sejumlah wang sebelum mengeluarkan kata-kata ugutan akan mengapa-apakannya jika tidak menunaikan hajat itu.
Terkejut mendengar berita itu, pengadu terus membuat laporan polis di Balai Polis Chabang Tiga, di sini, sebelum Mohd Zabri ditahan di rumah mereka pada hari sama, lebih kurang jam 5.45 petang.
- Sinar Harian -

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.