Menu

IKLAN

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen selepas Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan berhubung sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Peguam Kanan Persekutuan, Amarjeet Singh ketika ditemui di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, berkata Lembaga Pengampunan membuat keputusan menolak petisyen Anwar pada 16 Mac lalu.
"Yang di-Pertuan Agong (YDPA) dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan telah menolak petisyen itu. Sejak itu kedudukannya sebagai ahli Parlimen memberikan kesan mengikut Perkara 48(4)(c) Perlembagaan Persekutuan iaitu hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen," katanya.
Amarjeet berkata dengan perkembangan itu Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan Anwar bagi kebenaran semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Ketua Pengarah Penjara dan Menteri Dalam Negeri yang tidak membenarkannya hadir sidang Parlimen.
Asmabi membuat keputusan itu dalam kamar dengan dihadiri Amarjeet dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Anwar.
- BERITA HARIAN ONLINE


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top