Saya terpanggil untuk memberi pandangan selaku anak muda yang juga merupakan pengundi yang sah. Kebiasaan suasana sidang Dewan Undangan Negeri Perak agak dingin dengan perbahasan-perbahasan merangkumi soalan-soalan tambahan biasa dan jika ada pun yang menghangatkan keadaan adalah ADUN Sitiawan YB Ngeh Koo Ham yang suka menanyakan soalan "tidak berasas". Soalan tidak berasas pada pandangan saya adalah soalan yang tidak memenangkan atau tidak menguntungkan mana-mana pihak dan lebih kepada "provocation". Juga tidak lupa ADUN Changkat Jering YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin yang pernah "menarik balik" tuduhan bahawan UMNO adalah parti kafir dan beliau juga suka bertanyakan soalan-soalan "tidak berasas". Tetapi semalam tanggal 1 April 2015 dewan yang mulia gamat dengan tindakan ADUN Tronoh YB Yong Choo Kiong yang bertanyakan soalan pada saya soalan "tidak berasas" tetapi lain dari yang lain kerana bertanyakan pakaian sut hitam atau gelap yang rata-rata dipakai oleh majoriti Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri berkabung untuk acara apa? Ini berikutan ADUN Slim YB Khushairi Talib yang mengutuk tindakan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat yang tidak hormat akan keberangkatan DYMM Paduka Sri Sultan dengan memakai pakaian hitam dan bukan pakaian istiadat seperti yang telah ditulis di dalam kad jemputan. Jika difikirkan secara logik dan dengan cakna yang waras, sut hitam atau gelap ini perlu dipakai sebagai mematuhi etika di dalam Dewan Undangan Negeri dan bukanlah untuk berkabung seperti yang ditanya oleh YB Yong. Tetapi jika sudah ditulis untuk memakai pakaian istiadat dan memakai pakaian yang lain tanpa sebab munasabah, itu bahasa kasarnya "stupid". Kelakuan ADUN Tronoh YB Yong Choo Kiong menghamburkan kata-kata "Lu ingat Tuanku Raja lu ka? Celaka Lu" kepada ADUN Rungkup YB Datuk Shahrul Zaman Yahya seperti yang terdapat di dalam video yang telah "viral" sejak daripada semalam adalah tidak patut dikeluarkan oleh seseorang yang sempurna akalnya apatah lagi bergelar Yang Berhormat. Apabila saya amati video tersebut, YB Datuk Shahrul Zaman yang terkenal dengan sifat santai dan bersahaja bertukar menjadi seorang yang bengis. Saya faham perasaan beliau yang marah dengan sikap sambil lewa dan Apakah maksud ADUN Tronoh itu sebenarnya? Adakah beliau bermaksud bahawa DYMM Paduka Sri Sultan Perak bukanlah raja kepada YB Datuk Shahrul Zaman atau DYMM Paduka Sri Sultan Perak bukan seorang raja atau celakalah kepada siapa yang berajakan DYMM Paduka Sri Sultan ? Walaupun tidak jelas apakah intipati daripada percakapan tersebut, kita sedia maklum bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat ini tidak ada adab dan tidak segan untuk saya katakan mereka ini "kurang ceghodik" dalam bahasa rakyat atau dalam bahasa "urban"nya ialah "Moron" kerana zalim pemikiran dalam menghormati institusi beraja serta dewan yang mulia. Saya sanggah kelakuan buruk ADUN-ADUN Pakatan Rakyat Perak dan berharap agar ianya tidak berulang lagi kerana perangai seperti ini membawa impak yang amat negatif kepada anak-anak muda di mana seharusnya seseorang yang bergelar Yang Berhormat itu patut dicontohi. Salam Hormat, Al Yashir Yahaya * Al Yashir merupakan Ahli Parlimen Belia Negeri Perak dan EXCO Pemuda UMNO Perak
Home
»
Belia
»
Ikon
»
Nasional
»
Perak
» Komen Ahli Parlimen Belia berkaitan Insiden Kebiadapan ADUN Pembangkang Perak Di Sidang DUN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.