Menu

IKLAN

PARIS: Bintang Sweden, Zlatan Ibrahimovic yang meledak hatrik ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) mara ke final Piala Perancis dengan menewaskan Saint-Etienne, hari ini digelar 'pemain luar negara terbaik di Perancis' oleh pengurus lawannya, Christophe Galtier.
Jurulatih Etienne, Galtier memberi jolokan itu kepada Ibrahimovic selepas PSG menewaskan skuad bimbingannya 4-1 pada perlawanan separuh akhir, di Parc des Princes, awal pagi tadi.
PSG sepanjang musim ini sudah membolosi gawang Etienne sebanyak 11 kali dengan lapan daripadanya dijaringkan Ibrahimovic.
"Tiada apa yang boleh dikatakan, pada tahap ini mereka sukar untuk ditewaskan, dalam banyak kes kepada kami," kata Galtier.
"Mereka memperoleh perlawanan yang sempurna, tegang, pelan teknikal dan keinginan tinggi. Tiada apa yang lebih baik daripada berdepan pasukan seperti ini untuk menghampiri final.
"Saya kecewa terhadap pemain saya kerana mereka tidak dapat mengharungi perjalanan ini. Namun apapun, perbezaannya terlalu besar. Mereka adalah mesin perang. Mereka lebih baik dari semua segi," katanya.
Selepas membuka tirai jaringan pada minit ke-21 yang juga gol ke-100 untuk kelab itu, Ibrahimovic meledak gol kedua pada minit ke-81 sebelum melengkapkan hatriknya pada masa kecederaan.
Begitupun, PSG yang turut ditimpa masalah kecederaan sedikit tersentak apabila Etienne BERJAYA menyamakan kedudukan 1-1 pada babak kedua sebelum Ezequiel Lavezzi kembali meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-60.
PSG dijadualkan berdepan kelab divisyen dua, Auxerre yang menewaskan penyandang juara, Guingamp 1-0 pada aksi lebih awal di pentas final di Stade de France pada 30 Mei depan.
Kemenangan turut meneruskan pemburuan PSG untuk memenangi empat trofi utama, musim ini selepas turut dijadual beraksi di final Piala Liga menentang Bastia di Stade de France, Sabtu ini.
PSG ketika ini menduduki tangga teratas Ligue 1 Perancis namun hanya dibezakan dengan satu mata dengan Lyon manakala dalam kempen Eropah, skuad bimbingan Laurent Blanc ini dijadual bertemu Barcelona di suku akhir pada Rabu minggu depan.
Untuk rekod, tiada kelab Perancis BERJAYA memenangi tiga trofi utama negara itu sebelum ini.
"Selagi kami masih beraksi dalam empat kejohanan itu, kami masih berfikir mengenai empat trofi, namun tiada apa yang sudah kami menangi ketika ini," kata Blanc. - AFP
BINTANG Sweden, Zlatan Ibrahimovic. - Foto AFP


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top