Menu

IKLAN



Aliff Al-Farabby bin A Rahim atau lebih dikenali sebagai DJ Aliff dilahirkan di Teluk Intan pada 5 Januari 1987. Beliau merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik kepada pasangan A Rahim dan Siti Hasenah. Mempunyai pendidikan Diploma Sains Perpustakaan dari UNISEL serta aktif bersukan sejak dari bangku sekolah lagi., kini berkhidmat  sebagai salah seorang penyampai radio di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Angkasapuri untuk saluran MUZIKfm.
Kerjaya sebagai seorang penyampai radio bermula sejak dari tahun 2012 apabila mula bertugas sebagai penyampai radio secara sambilan di salah sebuah radio internet di Kuala Lumpur. Minat sebagai penyampai radio semakin mendalam apabila pada Januari 2013 beliau telah diberi peluang untuk berkhidmat di RTM. Peluang ini tidak di sia-siakan oleh DJ Aliff untuk mempelajari ilmu dan teknik penyampai radio multimedia yang baik.
Di MUZIKfm, DJ Aliff mengendalikan beberapa segmennya sendiri dan diantaranya ialah segmen “Terbaik 20 Galaksi Muzik” pada setiap  hari Selasa, bermula 8 malam sehingga jam 11 malam. Segmen carta lagu tempatan ini satu-satunya segmen yang membolehkan pendengar serta penonton mengundi lagu dan pemuzik tempatan kegemaran mereka menerusiFacebook dan Twitter Galaksi Muzik.
DJ Aliff turut diberi kepercayaan untuk  mengendalikan Zon Gegar Rock Pawana pada setiap hari Sabtu dan Ahad yang bermula dari jam 12 tengah malam sehingga jam 2 pagi. Segmen ini hanya memainkan lagu-lagu rock keras dari genre heavy metal. dan telah mendapat perhatian serta sambutan yang hangat dalam kalangan peminat aliran muzik ini.
DJ Aliff turut mengendalikan beberapa segmen lain iaitu segmen Kafe Muzik, Seleksi Prima, Artis Anda dan Rock Selamba. Beliau turut diberi peluang untuk menemuramah artis-artis terkenal seperti Mark Adam, Qierra, Fauziah Gambus, Rahmat Mega dan ramai lagi. Di MUZIKfm, DJ Aliff turut berpeluang untuk membuat liputan lintas langsung multimedia menerusi panggilan sesawang di majlis-majlis yang dikelolakan oleh pihak artis dan syarikat rakaman seperti majlis pelancaran album Fauziah Gambus, The Muhibbain, NowSeeHeart dan ramai lagi.
Kerjaya beliau di RTM yang sudah mencecah usia dua tahun semakin mematangkan DJ Aliff dalam bidang penyiaran radio. Banyak yang telah beliau pelajari terutama teknik kendalian sistem siaran multimedia, teknik penyampaian radio yang bijak dan berhemah, kerja-kerja suntingan audio, tugasan kewartawanan radio dan pengacaraan aktiviti dilokasi serta pengendalian sesi temubual personaliti undangan secara langsung. Sikap beliau yang ramah dan mesra menjadikan DJ Aliff seorang yang mudah untuk didampingi.
DJ Aliff percaya bahawa setiap kejayaan tidak akan datang bergolek. Usaha dan sikap tidak mudah putus asa dalam mencari ilmu pengetahuan amat penting untuk menjadikan beliau sebagai seorang penyampai radio yang cemerlang. Beliau juga yakin dan berterima kasih kepada pihak RTM amnya, pengurusan MUZIKfm dan rakan-rakan sekerja khususnya diatas peluang dan kepercayaan yang telah diberikan selama ini. Ia  merupakan satu langkah permulaan bagi beliau untuk menjadi penyampai radio yang berkaliber berkapasiti tinggi pada masa hadapan.


MUZIKfm yang kini bersiaran dalam talian boleh diikuti menerusi http://galaksimuzik.rtm.gov.my dan www.galaksimuzik.com. Siaran ini juga boleh dikuti menerusi aplikasi Galaksi Muzik RTM dan RTM Mobile yang boleh dimuat turun secara percuma.



0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top