PANGKOR 26 April - Kem Tahunan Global Excellence & Leadership (GEL) 2015 telah berlangsung selama tiga hari di Puteri Bayu
Beach Resort, Pulau Pangkor . Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan
seperti pengenalan mengenai Radio Amatur, penerangan berkenaan Model United
Nation (MUN) dan bengkel penulisan artikel oleh wakil dari Dewan Bahasa &
Pustaka (DBP). Tidak dilupakan aktiviti fizikal seperti meredah hutan (jungle
trekking) dan berkayak.
GEL
merupakan suatu inisiatif dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi melahirkan
pemimpin-pemimpin yang berkebolehan dan sekaligus menjadi pelapis kepimpinan
negera di masa hadapan. Ahli GEL merupakan pelajar-pelajar terpilih daripada
institusi pengajian masing-masing dan perlu menjalani sesi pemilihan intensif
terlebih dahulu sebelum layak bergelar ahli GEL.



0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.