IPOH: Telekom Malaysia (TM) Berhad dengan kerjasama KPerak INC Corporation dan Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak telah melancarkan Kiosk Internet Amanjaya dan Wifi percuma di empat lokasi strategik di sekitar bandaraya ini.
Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata, sebanyak empat lokasi telah dipilih bagi peringkat permulaan ini.
“Empat lokasi tersebut ialah Terminal Bas Amanjaya, Stesen Keretapi Ipoh, Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan juga Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC),” kata beliau dalam sidang media sejurus selepas Majlis Pelancaran Kiosk Internet Amanjaya Wifi Percuma Tajaan Telekom Malaysia Berhad di Terminal Amanjaya, tengah hari tadi, di sini.
“Kiosk Internet Amanjaya dan Wifi Percuma ini diletakkan sebagai projek rintis di empat lokasi strategik.
Menurutnya lagi, pihaknya turut bercadang untuk mempatkan kiosk berkenaan seperti di kawasan Rehat dan Rawat di sepanjang lebuh raya di negeri ini dan juga di semua daerah terpilih.
"Kiosk ini dapat memberikan kemudahan kepada orang ramai sementara menunggu waktu berlepas dan menyelesaikan urusan-urusan di UTC dan RTC.
“Kita juga berterima kasih kepada TM yang telah memperuntukkan wifi percuma untuk perpustakaan di Terminal Amanjaya dan enam buah lagi perpustakaan desa di seluruh negeri ini.
Shahrul turut berharap lebih banyak penglibatan daripda syarikat telekomunikasi yang lain untuk tampil dan turut serta melaksanakan tanggungjawab sosial ini.
“Inilah yang diinginkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, iaitu melaksanakan projek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang berorientasikan rakyat.
“Rakyat akan mendapat faedah secara terus melalui inisiatif-inisiatif seumpama ini,”tegasnya lagi.






0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.