![]() |
| Foto: Sinar Harian |
MANJUNG: Lima lelaki warga Myanmar serta China dan 25 wanita pelayan pelanggan (GRO) antara yang ditahan di dalam sebuah serbuan yang dilakukan di sebuah pusat hiburan di dalam Ops Noda, di sini, malam kelmarin.
Di dalam serbuan yang dilakukan pada jam 11 malam itu, seramai 19 pelanggan antara yang ditahan termasuklah lima remaja lelaki tempatan bawah umur dan tiga lelaki warga China.
Turut ditahan ialah dua lelaki warga Myanmar yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Operasi yang diketuai oleh Inspektor Nor Shaharah Marzuki bersama lapan anggota dari pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut disertai tiga anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.
Shaharah turut berkata, mereka yang ditahan berada di dalam lingkungan usia diantara 16 hingga 36 tahun.
Kesemua mereka yang ditahan dibawa ke IPD Manjung untuk pemeriksaan dan siasatan lanjut.
“Hasil dari ujian air kencing yang dijalankan mendapati sembilan GRO dan empat pelanggan lelaki tempatan positif dadah jenis amphetamine dan ketamine.
“Polis juga turut menahan pengurus dan seorang lelaki tempatan yang bekerja di premis terbabit selepas mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan yang sah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, kelmarin.

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.