Menu

IKLAN

Foto: Kosmo!

PUTRAJAYA: Festival Belia Putrajaya 2015 yang melabuhkan tirainya semalam telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pengunjung yang hadir dari seluruh negara.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, antara kelainan yang ditonjolkan pada festival kali ini ialah, ia berjaya menarik minat belia yang hadir menyertai festival berkenaan yang mempunyai latar belakang yang berbeza.
Khairy turut berkata, golongan muda yang mempunyai bakat berpeluang untuk menunjukkan bakat mereka melalui pelbagai program dan aktiviti yang dikendalikan oleh Rakan Muda.
“Sambutan yang dite­rima sangat bagus kerana terdapat pelbagai tapak menyediakan aktiviti serta program yang penuh sarat dari pagi sampai ke malam.
“Selain itu, kepelbagaian aktiviti yang ditonjolkan pada tahun ini berbanding tahun-tahun sebelumnya juga merupakan sa­tu pembaharuan yang baik dan diharap dapat berteru­san pada masa hadapan,”katanya.
Khairy berkata demikianketika mengha­diri program walkabout sempena Festival Belia Putrajaya 2015 di Dataran Gemilang, Presint 4 semalam, di sini.
Festival Belia Putrajaya 2015 telah berlangsung dari 22 hingga 24 Mei yang telah berjaya menarik pelbagai golongan masyarakat.


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top