Menu

IKLAN


PADA awalnya, jejaka ini dikenali dan digelar ikon fesyen dek kerana penampilannya yang berbeza dan juga pencinta fesyen Mods (The Modern Stylish).
Bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan dia menjadi antara ikon muda yang berani tampil dengan imej bermisai dan berjanggut tebal persis bab jejaka maskulin era Inggeris 60-an.
Biarpun pernah dipandang pelik berjanggut dan berjambang tebal untuk lelaki muda, namun kini sudah ramai lelaki muda tampil dengan imej sama sepertinya.
Turut dikenali sebagai pengusaha jenama fesyen The Garment, bukan sahaja imejnya yang menjadi ikutan, menjadi sebutan kerana penampilannya kini menjadi ikutan kebanyakan kebanyakan pencinta fesyen pada hari ini.
Justeru, tidak hairanlah pabila mengetahui pemilik nama sebenar Mohd Azwan Md Nor ini sudah mempunyai 703,000 pengikut di laman sosial miliknya.
Kini tidak hanya meraih populariti di atas imejnya semata-mata, kekerapan jejaka berusia 36 tahun ini muncul di kaca TV menyebabkan dia cepat meraih populariti sama seperti selebriti popular.
Dan kini perlahan-lahan bertatih di dalam bidang seni dari Ikon Fesyen kepada seorang pengacara, Wak Doyok mengakui mula berjinak-jinak di dalam bidang lakonan.
Pernah popular dengan siri 13 episod Youtube bertajuk How To Dress Well, Wak Doyok rupa-rupanya telah disunting sebagai pelakon sejak tahun lalu dan baharu sahaja menamatkan penggambaran filem pendek berjudul Kayuh sempena Hari Wanita Sedunia arahan Ida Nerina.
“Saya berlakon dalam sitkom televisyen sebanyak tiga belas episod terbitan Small Mission Enterprise.
“Saya juga baru sahaja menamatkan penggambaran di Jakarta untuk rancangan Travelog Gameshow Ke Indonesia Kita yang akan bersiaran Julai depan di TV9.
“Terus-terang tawaran berlakon memang banyak, tetapi saya tidak bersedia sepenuhnya untuk terjun ke dunia lakonan kerana komitmen saya terhadap fesyen lebih banyak.
“Saya ambil mana yang sesuai dengan jadual sahaja,” katanya kepada Zass dalam satu pertunjukan fesyen pakaian Arata oleh Ryzal Jaafar di Publika, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ditanya adakah punca ketidaksediaannya untuk lebih serius di dalam bidang seni kerana isu kontroversi yang melanda termasuk kisah terbaharunya dikritik hebat gara-gara gambar tidak berbaju, Wak Doyok pantas menafikan.
“Pada pandangan saya, gambar terbabit sengaja disensasikan kerana saya tidak mempamerkan aurat lelaki.
“Saya ada baca komen-komen negatif tu, tapi saya rasa tak apalah.
“Gambar itu sekadar memberitahu kepada pengikut yang saya kini sedang mengikuti gim dan nak naikkan badan sedikit.
Orang kata nak nampak gadang kerana ada yang berjumpa dan berkata badan saya kecil jadi saya sedang berusaha untuk menambah berat badan dengan cara yang sihat,” jelasnya.
Rezeki mencurah
Selain berkhidmat sebagai penasihat fesyen buat selebriti dan orang ramai, Wak Doyok turut mempunyai rangkaian perniagaan produk seperti krim jambang, Kopi Wak Doyok dan wax rambut Pomade.
Antara selebriti yang sering bekerjasama dengan Wak Doyok ialah Ameer Forteen, Karl Shafek dan beberapa nama lagi.
Terbaharu, ujar Wak Doyok dia bakal melancarkan jenama pakaian lelaki terbaru, MEGWAK pada Ogos depan.
“Alhamdulillah perjalanan bisnes berjalan dengan baik, lebih-lebih lagi krim jambang yang telah mencecah jualan 10,000 unit sebulan sejak dikeluarkan awal tahun lalu.
“Krim ini juga turut dijual dan diedarkan di kedai-kedai jamu dan melalui ejen negeri,” kata Duta produk minuman Sarsi ini.
-Sinar Harian


0 Comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

 
Top