Kirk menang dengan satu pukulan di Colonial
FORT WORTH, Amerika Syarikat: Pemain Amerika Syarikat, Chris Kirk melakukan par di lubang terakhir untuk meraih kejuaraan keempat Jelajah PGA dengan kelebihan satu pukulan di Crowne Plaza Invitational di Fort Worth, Texas.
Selepas menyaksikan rakan sepermainan Brandt Snedeker terlepas birdie dari jarak 12 kaki untuk mengikat kedudukan teratas, Kirk meraih par dari jarak 7 kaki untuk catatan 66 di bawah par di lapangan Colonial Country Club.
Secara keseluruhan, Kirk mencatatkan 12 di bawah 268 selepas saingan hebat hari terakhir di Colonial yang menyaksikan lima pemain berkongsi pendahuluan.
Snedeker mengakhiri saingan dengan catatan 67 pukulan untuk berkongsi kedudukan 11 di bawah par dengan rakan senegara dari AS, Jason Bohn yang melakukan catatan terbaik pada hari terakhir dengan 63 pukulan dan juara The Masters, Jordan Spieth (65). - Reuters
-Berita Harian

0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.