Malam Indahnya Bermunajat Pembuka Tirai Festival Belia Putrajaya
PUTRAJAYA- Malam Indahnya Bermunajat telah membuka tirai acara Festival Belia Putrajaya 2015 yang akan berlangsung sehingga hari Ahad ini.
Malam Indahnya Bermunajat ini dipimpin oleh Habib Najmuddin Syed Othman Al Khered, Nur Ahli Badar, dan kumpulan nasyid popular tanah air IN TEAM.
Majlis berkenaan bermula seawal jam 5.30 petang tadi dimana persembahan Nasyid mengambil tempat sebelum Solat Maghrib berjemaah dan tazkirah perdana diadakan.
Sejurus Syed Habib Najmuddin Syed Othman Al-Khered menyampaikan tazkirah beliau, para hadirin solat Isyak berjemaah dan seterusnya memulakan acara kemuncak iaitu, Berselawat dan Bertausiyah di pentas utama yang terletak di Dataran Gemilang Presint 4, Putrajaya .
Lebih kurang 4 ribu peserta dari Putrajaya dan sekitar Lembah Klang hadir pada majlis tersebut dimana ia merupakan tahun ke-2 aktiviti berkenaan diadakan.Rata-rata yang ditemui selepas program berkenaan menyambut baik aktiviti berkenaan dan berharap tahun depan akan lebih ramai belia hadir dalam aktiviti santapan rohani sebegini.
“Saya amat berharap program selawat sebegini dapat diteruskan bukan sahaja dalam Festival Belia semata-mata”, Mohd Firdaus , IKBN Sepang.
“Seronok dapat sertai program sebegini, ini kali kedua saya sertai selepas tahun 2014, pendekatan yang bagus untuk mendekati golongan seperti kami”, Azlina Ibrahim, Putrajaya.
“Satu pendekatan yang baru dalam menyentuh golongan muda untuk mendekati program-program kerajaan dan program kerohanian sebegini harus dilakukan lebih kerap supaya golongan belia punyai pilihan untuk beraktiviti sekali gus mengelakan golongan belia terjerumus dalam aktiviti tidak sihat”, Ikram Abdul Aziz, Mahasiswa UPM.
Turut hadir pada Malam Indahnya Bermunajat ialah, Ketua Setiausaha Kementerian, Dato Jamil Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negara Datuk Hajah Hatipah Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda YM Engku Mohd Azmi Engku Mohd Basri ,serta Presiden Majlis Belia Malaysia Muammar Gaddafi.










0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.