SUBANG JAYA: PROTON Holding Berhad (PROTON) akan melakukan promosi besar-besaran sepanjang bulan ini sehingga penghujung bulan Jun 2015.
Promosi tersebut antaranya menawarkan tujuh tahun waranti bagi kereta keluaran terbaru PROTON yang terpilih selain daripada 1.99 peratus kadar faedah pinjaman bagi kereta Proton jenis Saga dan Iriz.
Disamping itu, PROTON turut menawarkan skim pembiayaan pinjaman 100 peratus bagi kakitangan kerajaan serta tawaran diluar jangkaan bagi graduan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, orang ramai boleh mengunjungi 211 ruang pameran PROTON di seluruh negara bagi melakukan pandu uji sepanjang promosi tersebut berlangsung.
"Program lanjutan waranti selama tujuh tahun ini membuktikan bahawa kereta keluaran Proton, khususnya Iriz, yang telah memperolehi pengiktirafan lima bintang dari ASEAN NCAP kerana ianya dilengkapi dengan ciri keselamatan yang lengkap.
"Antaranya ialah Vehicle Dynamic Control (VDC) yang meliputi Anti-lock braking system (ABS) serta electronic brake-force distribution (EBD) dan sebagainya," katanya dalam satu kenyataan media.
Beliau berkata, Iriz merupakan kereta yang paling selamat dalam kategorinya yang tersendiri dan dijual dengan harga yang sangat berpatutan berbanding dengan kereta kompak daripada jenama lain.
"Dengan bayaran bulanan serendah RM326 sebulan dan kadar faedah serendah 1.99 peratus, orang ramai mampu membawa pulang sebuah kereta Iriz 1.3L,"katanya.
Menurutnya lagi, PROTON adalah satu-satunya syarikat pengeluar kereta yang menawarkan lanjutan waranti selama tujuh tahun di negara ini.
"Selain itu, matlamat utama promosi ini diadakan adalah bagi menarik pelanggan yang mempunyai taraf pendapatan berbeza untuk memperolehi penjimatan yang lebih apabila membeli kereta keluaran PROTON," katanya.
"Selain ditawarkan dengan kadar bayaran yang rendah, pelanggan juga boleh menikmati potongan diskaun sehingga 26 peratus bagi perkhidmatan servis untuk kereta yang terpilih," jelas beliau lagi
Orang ramai yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai promosi terkini dan tawaran pinjaman yang disediakan, boleh melayari laman sesawang Proton Edar di www.proton-edar.com.my


0 Comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.